Pertubuhan Care for Asnaf (care4asnaf) dengan rasminya telah ditubuhkan pada 5 jan 2022. Penubuhan C4A bertujuan untuk membantu golongan asnaf bagi meringankan kesusahan mereka seperti bantuan peralatan perubatan dan sokongan, bantuan pendidikan dan pembelajaran dari peringkat bawah hingga ke peringkat universiti dan bantuan sokongan pembaikan rumah, keperluan setempat. Selain itu C4A turut melaksanakan misi membantu dan pengukuhan ummah seperti projek pembinaan surau dan masjid, bantuan bencana dan pembangunan ummah dalam bentuk program, sokongan ilmu dan juga misi pengembangan syiar Islam. Namun demikian Pertubuhan Care For Asnaf merupakan badan NGO dan semua kakitangan pengurusan dan unit pelaksana merupakan sukarelawan yang tidak menerima apa apa imbuhan, maka penumpuan kami lebih kepada agenda yang bersasar sahaja dan bergerak mengikut kemampuan sukarelawan yang ada.
OBJEKTIF UTAMA PENUBUHAN
Mengendalikan Kes asnaf atau misi kemanusia dalama skop yang lebih kecil untuk menghasilkan keberkesanan yang tinggi (Micro Mgmt & Narrowcast).
Untuk mengenalpasti asnaf terpinggir & dipertimbangkan bantuan dengan seberapa segera yang mungkin.
Untuk menawarkan kaedah kaedah yang bersesuaian bagi mengeluarkan asnaf tertentu dari kesulitan yang dialami samada sepenuhnya atau ke tahap yang boleh berdikari (keluar dari kesulitan).
Menyampaikan amanah untuk kes asnaf atau misi kemanusian dengan kadar "One to One" bermakna sumbangan yang diterima adalah jumlah yang sama diberikan untuk sesuatu hajat atau matlamat.
Menjalankan usaha dakwah dan misi kemanusiaan ke kawasan kawasan Islam yang terpinggir dan memerlukan perhatian.
Menjadi sebuah organisasi yang berkecuali (Impartial and Non-Partisan).
Memartabatkan imej dan reputasi pertubuhan sebagai pembela asnaf khususnya asnaf terpinggir dan generasi Al-quran.
TERAS UTAMA
Kerana Allah Taala
Sentiasa meletakkan segala perancangan, perlaksanaan dan kejayaan pertubuhan kerana Allah Taala,
Bekerja Sebagai Satu Pasukan (Esprit De Corps)
Bekerja ke arah mencapai misi dan visi pertubuhan dengan sentiasa melibatkan diri dan memberi sumbangan dalam aktiviti pertubuhan, berkongsi pengalaman, maklumat dan ilmu pengetahuan.
Profesionalisme
Sentiasa menjalankan tugas dengan cekap dan pantas, teratur dan efisien serta berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran berterusan untuk mencapai kualiti kerja terbaik, proaktif serta bersedia ke arah multi-tasking dan multi-skilling.
Integriti
Memiliki nilai integriti tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan tanpa melibatkan kepentingan peribadi agar C4A menjadi sebuah pertubuhan yang dihormati lagi disegani.
Inovasi dan Kreativiti
Elemen penting yang perlu diterapkan kepada semua warga Jabatan sebagai penyumbang ke arah perubahan organisasi, perkembangan dan pembangunan Jabatan.
Berhemah dan berwibawa
Sentiasa jujur, mematuhi peraturan, amanah, berakauntabiliti, tenang dan sabar serta boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan. Bersedia menerima teguran dan kritikan berguna.
PERLAKSANAAN
Usaha C4A adalah berdasarkan "Care/Mission Oriented" bermakna menyelesaikan sesuatu kesulitan secara "Pengurusan Mikro" atau terperinci.
Semua kes perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu seperti ziarah dan lain lain sebelum bantuan dapat dipertimbangkan (Assessment). Sesi ini dipanggil Bicara Hati.
Maklumat Terkini...
Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada perjuangan kami, anda boleh menyumbang dalam pelbagai cara!
PERTUBUHAN CARE FOR ASNAF
9, JALAN KACIP 11/8A, SEKSYEN 11,
40000 SHAH ALAM
SELANGOR