Lahirnya sebuah gerakan;
C4A mula terlibat dalam misi-misi kemanusiaan dan kerja-kerja sekitar tahun 2010 di bumi kemboja. Antara tugasan sokongan ialah membantu gerakan dan usaha membantu menyiapkan sebuah madrasah yang sekarang ini dikenali dengan Darul Uloom Nasirudin. Orang utama dalam usaha murni ini pada ketika itu ialah Haji Hussin (Qariah Surau Hidayah Seksyen 11 Shah Alam) dan dibantu oleh Bonda Hajah Halimah dan kemudiannya kami mula perlahan-lahan aktif di dalam pelbagai program lain di Kemboja. Sebelum Darul Uloom Di modenkan, fasiliti madrasah sangat dhoif. Asrama hanya berlantaikan tanah dan dinding diperbuat daripada buloh serta tiada bekalan air dan letrik. Program Qurban C4A yang pertama dianjurkan pada 2012 (Siri Pertama). Bonda Hajah Halimah merupakan sukarelawan yang pertama ke bumi Kemboja.
Atas dorongan Puan Hajah Halimah Bt. Haji Ali dan faktor-faktor seperti tertera di mukaddimah, maka lahirlah sebuah gerakan sukarelawan pada tahun 2010 yang dijenamakan sebagai Care4Asnaf (C4A) yang berujuan untuk menyantuni generasi Al-Quran dan golongan asnaf khususnya asnaf terpinggir.
Setelah hampir 12 tahun gerakan C4A sudah semakin besar dan mempunyai sukarelawan-sukarelawan 'Care Soldiers ' di seluruh Negara. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya berdasarkan sumbangan dan amanah yang diberikan kepada kami. Atas dasar kerana Allah Taala dan demi mengembangkan lagi perjuangan gerakan C4A ini, maka sekumpulan sukarelawan telah bersetuju untuk menjadi jawatankuasa penaja bagi menubuhkan sebuah pertubuhan C4A yang lebih efektif melalui pengurusan yang teratur. Pada tanggal 14 Novermber 2021, mesyuarat penaja telah dilakukan bagi tujuan penubuhan.
Alhamdullilah pada tanggal 15 Januari 2022 PERTUBUHAN CARE4ASNAF (PPM-030-10-05012022) secara rasmi diluluskan penubuhannya dan berdaftar serta beroperasi di Seksyen 11 Shah Alam.