Tabung Projek C4A diwujudkan khusus bagi melaksanakan projek-projek berskala besar yang memberi manfaat langsung kepada komuniti asnaf. Antara projek yang dilaksanakan termasuk pembinaan masjid/surau, Rumah Teduhan Kasih, Titian Kasih dan pelbagai lagi inisiatif hasil permohonan daripada kampung atau penempatan. Dana bagi projek ini disalurkan sepenuhnya melalui sumbangan orang ramai. Ia merupakan platform ke arah pembangunan fasiliti yang inklusif dan mampan untuk kegunaan komuniti. Sekiranya projek yang dirancang dipersetujui oleh Exco, maka barulah maklumat mengenai tabung ini akan dikeluarkan dan cara pencarian dan penyaluran dana dinyatakan. Tabung Tabung ini mengikut perancangan yang telah dibentangkan mengikut Unit dan ia berbeza dengan dengan Tabung Umum, kerana ia lebih kepada infaq yang khusus kepada projek itu sahaja. SetiapUnit C4A akan mempunyai Tabung Projek Masing masing.
Tabung Projek unit iCARE4A
Tabung Projek Unit EduCARE