💖 Tabung INFAQ C4AÂ
Tabung INFAQ Care For Asnaf (C4A) ialah dana utama yang menyokong keseluruhan usaha C4A dalam membantu golongan asnaf di seluruh Malaysia. Sumbangan ke dalam tabung ini akan diagihkan mengikut keperluan semasa merangkumi bantuan kebajikan, pendidikan, perubatan, pembangunan masyarakat, dan dakwah. Ia menjadi tunjang kepada pelbagai program yang dilaksanakan oleh unit-unit khas di bawah C4A. Tabung ini juga digunakan sebagai dana rencam bagi membantu tabung tabung lain, kos pengoperasian, baikpulih, logistik dan dana bagi kes kes kecemasan. Tabung ini juga akan digunakan sebagai tabung bantuan atau dana sumbangan bagi kes kes harian yang amat diperlukan oleh asnaf-asnaf yang terpinggir.