Tabung Kempen C4A merupakan tabung kutipan dana kecemasan dan bantuan bertema. Tabung ini digunakan bagi membiayai kempen-kempen khusus seperti bantuan bencana alam, kebakaran, serta keperluan bermusim seperti Bakul Ramadan, Sumbangan Raya, Bantuan Makan Jumaat untuk pelajar tahfiz dan lain-lain keperluan semasa. Ia berfungsi sebagai mekanisme pantas bagi menyampaikan bantuan tepat pada waktunya, mengikut tema dan isu yang sedang berlaku.