AKTIVITI JANUARY -MAC 2025
AKTIVITI OKTOBER 2022
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
PEMBINAAN SURAU SANGABAN
InsyaaAllah, Care4Asnaf (C4A) akan membina sebuah surau di perairan Semporna utk keperluan masyarakat Islam yg terpinggir.
Masalah utama penduduk :
■ Tiada surau berdekatan. Perlu
menaiki bot (20-30 min) ke darat
utk solat berjemaah.
■ Tiada bimbingan agama (majlis
ilmu dsbnya)
■ tiada tempat yg luas utk aktiviti
kemasyarakatan (semua
perumahan atas air)
■ tiada tempat ibadat bagi musafir
atau nelayan
■ tiada tempat perlindungan (ribut).
Rumah² mereka dlm keadaan uzur
____________
■ Lokasi surau : Semporna, Sabah
Berdekatan perairan Nusa Tengah
■ Sasaran : >100 keluarga Muslim
____________
■ Matlamat utama :
□ membina sebuah surau kayu
berukuran 50'x30'
□ membina pusat tadahan
air hujan (air bersih)
□ menjadikan pusat komuniti
,_____________
Anggaran kos pembinaan surau :
■ FASA 1 - Foundation : RM15,000
□ tiang surau
□ kayu silang
□ bim tiang
■ FASA 2 - Lantai : RM13,000
□ kayu lantai
□ tangga
■ FASA 3 - Bumbung RM20,000
□ rangka bumbung
□ zink
■ FASA 4 - Dinding : RM12,000
□ plywood
□ tingkap & pintu
■ Anggaran kos : RM60,000
tidak termasuk sistem tadahan
air hujan
_____________
■ Sumbangan / infaq boleh
disalurkan melalui :
□ Nama akaun :
Pertubuhan Care For Asnaf
□ Akaun no : MBB 566010657628
Mohon jasabaik penyumbang agar membuat catatan SURAU SANGABAN di penyata bank @ WA ke 010-220 6486
Mudah²an syiar Islam dapat berkembang di hujung tanahair. Semoga usaha kerdil ini mendapat keredhaan Allah SWT.
Teruskan menanam benih kebaikan
Jazakumullahukhayran kathira
AKTIVITI SEPTEMBER 2022
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
MISI BANTUAN KECEMASAN UTK MANGSA KEBAKARAN DI KG PEKAN 2, SEMPORNA
Care4Asnaf (C4A) akan menyampaikan bantuan kecemasan kpd 2 keluarga yg rumah mereka musnah sama sekali semasa kebakaran pd 30 Sept 2022.
■ Status Quo :
□ menumpang sementara di ruang
tempat jiran berniaga
□ tiada bantuan dr pihak berwajib
□ 3 rumah musnah. Hanya
2 keluarga yg tiada kemampuan
■ Matlamat utama misi :
□ menyediakan peralatan
memasak
□ bantuan makanan asas
■ Bantuan yg diperlukan :
□ Tong gas :
RM250 x 2 = RM500
□ Dapur :
RM90 x 22 = RM180
□ Bakul makanan:
RM100 x 2 = RM200
■ Kos keseluruhan: RM880
___________
Semoga usaha kerdil ini mendapat keredhaan Allah SWT. Teruskan menanam benih kebaikan.
Jazakumullahukhayran kathira
AKTIVITI OGOS 2022
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
PERSIDANGAN CARE4ASNAF
InsyaaAllah Care4Asnaf (C4A) akan menganjurkan satu bengkel percambahan fikiran utk melumati perbincangan halatuju dengan hasrat utk mengukuhkan fikrah sukarelawan dan perlaksanaan amanah dengan lebih tersusun. Program ini juga sebagai medan mengukuhkan ukhuwwah utk merapatkan saf C4A.
■ Nama program :
CIRCLE OF TRUST 1.0 (COT)
Bengkel Penetapan Hala Tuju, Penyediaan Sasaran Tahunan & Pemantapan Pengurusan.
■ Lokasi : Hotel UiTM
■ Tarikh : 13-14 Ogos 2022
____________
■ Matlamat utama :
□ sesi pengenalan & perancangan
pertubuhan
□ hala tuju pergerakan Pertubuhan
□ taqwim mengikut portfolio
□ pemantapan pengurusan
■ Sasaran utama peserta :
□ Exco
□ sayap² C4A
30 peserta bengkel yg terdiri dr Exco & wakil setiap sayap C4A akan hadir
■ Hasil persidangan :
peserta akan memahami perkara²
berikut :
□ struktur organisasi
□ fungsi portfolio (saluran)
□ golongan sasaran
□ 'template' cadangan misi
□ kaedah penilaian misi² / kes²
□ perlaksanaan
□ implikasi kewangan
□ etika Care Soldiers
□ dll perkara berkaitan
____________
■ Utk melancarkan prgm ini, infaq
khusus boleh disalurkan melalui :
□ Pertubuhan Care For Asnaf
□ MBB 566010657628
Mohon jasabaik para penyumbang agar membuat catatan COT di penyata bank @ WA ke 010-220 6486
Semoga usaha memartabat Pertubuhan ini mendapat keredhaan Allah SWT.
Teruskan menanam benih kebaikan.
Jazakumullahukhayran kathira
AKTIVITI JULAI 2022
Misi bantuan kecemasan akibat bencana banjir (4 July) dilancarkan SERTA MERTA untuk mangsa banjir di sekitar Sungai Kupang yg melibatkan 11 perkampungan.
■ Matlamat utama :
□ menghantar bantuan asas kecemasan
□ menyediakan penempatan sementara (khemah & campbed)
□ membekalkan set dapur (peralatan asas memasak)
□ membekalkan kit bayi
■ Sasaran utama :
□ keluarga yg mengalami kemusnahan teruk @ 'total loss'
□ tiada tempat penginapan
□ keluarga yg mempunyai ahli warga emas & kanak²
□ keluarga yg mempunyai ahli OKU
___________
■ Sasaran kos bantuan kecemasan : RM50,000
■ Bantuan boleh disalurkan melalui :
□ Nama akaun : Pertubuhan Care For Asnaf
□ Akaun no : MBB 566010657628
https://toyyibpay.com/resq-baling
Mohon jasabaik para penyumbang agar membuat catatan BANJIR BALING di penyata bank @ WA ke 010-220 6486
Semoga usaha kerdil ini mendapat keredhaan Allah SWT.
Teruskan menanam benih kebaikan
Jazakumullahukhayran kathira
UPDATES QURBAN 2022 - (1 July 1400hrs)
1⃣ KEMBOJA - RM370/bhgn
■ Bhgn ditawarkan : 140
■ Bhgn yg telah didaftar : 63
■ Baki (kekosongan) : 77 bhgn
2⃣ KELANTAN - RM700/bhgn
■ Bhgn ditawarkan : 7
■ Bhgn yg telah didaftar : 7
■ Baki (kekosongan) : PENUH
3⃣ SABAH - RM720/bhgn
■ Bhgn ditawarkan : 49
■ Bhgn yg telah didaftar : 49
■ Baki (kekosongan) : PENUH
AKTIVITI BULAN JUN 2022
MISI PENERBANGAN EHSAN
Alhamdulillah Koperal Nurhafiz (PDRM) telah selamat sampai di KKIA dgn penerbangan ehsan TUDM jam 1130pagi tadi.
Usaha mendapatkan khidmat penerbangan ehsan bermula seawal Feb 2022. Isteri pesakit memohon bantuan penerbangan MAS yg memakan belanja yg besar sekitar 6K. C4A memberikan altenatif lain utk keluarga waris. Hasil maklumat yg diperolehi dr Dr Sabariah Faizah, C4A telah membuka jalan utk Puan Roslina menghubungi pihak PDRM utk berurusan dgn AECC - (Aeromedical Evacuation Coordination Center) TUDM bg mempertimbangkan Koperal Nurhafiz dihantar ke KK melalui penerbangan ehsan
Cabaran Dan Realiti
Anjuran pelajar Universiti Pendidikan Idris Tanjung Malim Perak.
AKTIVITI BULAN MEI 2022
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
KEMBARA UMMAH BORNEO 9.0
Program Mahabbah Care4Asnaf 2022 Kudat
InsyaaAllah Care4Asnaf dgn kerjasama KudatC4U akan menganjurkan satu prgm kemasyarakatan bersama 100 tetamu asnaf khususnya dari kampung² di sekitar Kudat seperti Kg Pantai Bahagia, Kg Tg Kapor, Kg Landung Ayang dll.
■ Lokasi acara : Tg Kapor, Kudat
■ Tarikh : 24 Mei 2022
■ Masa : 7:00mlm - 10:00mlm
■ Matlamat utama :
□ meraikan Hari Raya bersama
keluarga² angkat C4A &
keluarga² asnaf sekitar Kudat
□ menyampaikan sumbangan duit
raya utk kanak²
□ menyampaikan sumbangan
pakej umrah kpd 2 tokoh asnaf
terpilih
□ prgm bersama Daei Adam
□ sesi bicara hati
■ Matlamat sampingan :
□ pembinaan Madrasah
Riyadhotus Solehin
□ lawatan tapak surau ke 6
di Kudat (Kg Barambangon)
□ penambahbaikan Surau Kg
Kabangaan
□ penambahbaikan Surau Kg
Layak²
Semoga usaha kerdil yg terbit dr misi ini, mendapat keredhaan Allah SWT.
Teruskan menanam benih kebaikan
Jazakumullahukhayran kathira
AKTIVITI BULAN APRIL 2022
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ZIARAH RAMADHAN 2022
InsyaaAllah, C4A akan bergabung bersama sahabat² KudatC4U & Care4Pitas utk misi Ziarah Ramadhan pada tarikh berikut :
■ Lokasi 1 : Kudat 20-21 Apr 2022
■ Lokasi 2 : Pitas 22-23 Apr 2022
■ Lokasi 3 : K.Kinabalu 24 Apr 2022
■ Matlamat Utama :
□ Agihan bakul makanan di Pitas
□ Memulakan kerja² ubahsuai
'rumah mengaji' di Kg Pantai
Bahagia, Kudat
□ Pemasangan 'PA system' Masjid
Jasem Al Awadhi
□ Majlis Iftar bersama penduduk
Kg Tg Layak²
□ Projek air bersih, Tg Layak²
□ Teduhan Kasih 30 (Badar)
□ Teduhan Kasih 32 (Jul Salleh)
□ Dll misi sampingan
AKTIVITI BULAN FEBRUARI 2022
InsyaaAllah lawatan kerja sulung C4A akan di adakan seperti berikut :
■ Tarikh : 8 Feb 2022 (Selasa)
■ Waktu : 0800 pagi
■ Lokasi : Akademi SPRM
Bkt Tunku, Kuala Lumpur
Alhamdulillah, pd 8 Feb lalu, satu lawatan kerja ke Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah berlangsung dgn jayanya.
Hampir semua pengurusan tertinggi MACA hadir pada sesi taklimat & sesi soal jawap. Suatu penghormatan yg sangat luarbiasa utk C4A.
C4A diwakili oleh 7 barisan exco yg diterajui oleh Presiden & Timbalan Presiden.
Mudah²an dengan sedikit sebyk panduan yg diperolehi dan terjalinnya hubungan baik dgn MACA, exco C4A akan berupaya memacu pertubuhan dgn lebih berkesan, berintegriti dan amanah.
Teruskan menanam benih kebaikan.
Jazakumullahukhayran kathira
InsyaaAllah C4A akan melaksanakan misi Kembara Ummah Borneo 8.0 sebagai meneruskan usaha kemanusiaan & mengembangkan syiar Islam di Sabah.
❇ MATLAMAT UTAMA MISI :
■ PIC misi : Enid 012-776 6256
■ Misi Kg Pantai Bahagia
□ 26-27 Feb 2022
□ Program Khatan (siri 3)
□ Prgm bersama asnaf
■ Misi Tg Layak², Pitas
□ 28 Feb 2022
□ menyiapkan pembinaan Surau
□ program 'Back to School'
■ Misi Pulau Tigabu, Pitas
□ 1 Feb 2022
□ Program Khatan (siri 4)