بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Assalammualaikum
Pertubuhan Care For Asnaf merupakan satu rahmat Allah dan juga platform ujian kepada kita sebagai umat Islam dalam bertanggungjawab terhadap saudara sesama Islam.
Saya percaya bahawa budaya sukarelawan dan berinfaq di jalan Allah boleh dipupuk menerusi kerja-kerja amal dan sukarela. Sukarela bermakna melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tanpa dipaksa-paksa atau dikerah dan dengan rela hati.
“Jadi, di sinilah, integriti seseorang itu dapat dinilai iaitu dapat melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tanpa dipaksa atau dikerah, dengan niat yang ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.
Keikhlasan dalam memberikan bantuan ini perlu disertakan dengan ‘native wisdom’ iaitu dengan menggunakan teknik ‘mapping’ dan mendapatkan maklumat awal mengenai tempat yang hendak dituju dan apa yang perlu bagi memudahkan urusan bantuan tersebut.
“Semangat kesukarelawan perlu kita terapkan kembali kerana ia adalah asas kepada perpaduan ummah kepada sesebuah negara.
“Hal ini adalah kerana sesebuah negara digerakkan oleh masyarakat dan jika semangat kesukarelaan ini dilaksanakan secara berkumpulan, ia akan menjadi tindakan kolektif yang sekali gus menjadi nilai tambah kepada agama , bangsa dan Negara.
Norazman B. Mohd Isa
Presiden Pertubuhan Care For Asnaf 2024/25
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA C4A 2024/25
En. Norazman B. Mohd Isa
Puan Mas Ernie Bt Mat Noh
SETIAUSAHA
Ts. Hasnu Rizal B. Zakaria
BENDAHARI
En. Khairi Asraf B. Ahmad
TIMB. SETIAUSAHA/BENDAHARI
En. Muhammad Syamil Ilman B. Sahrizal
KETUA UNIT MEDIC4A
Cik Emiliza Bt Markun
KETUA UNIT iCARE4A
En. Mohd Salmi B. Mansor
KETUA UNIT CARE4Ummah
En. Mohd Nawawi Reza B. Mohd Daud
KETUA UNIT EDUcare
Ts Hasnu Rizal B. Zakaria
KETUA UNIT PEMBANGUNAN, PEMASARAN DAN PENAJAAN
En. Wan Asmawadi B. Wan Mohd
Sebaran Am
Ts Hasnu Rizal B. Zakaria
DESIGN
En. Rino
KOMUNIKASI KORPORAT
En. Norazman B. Mohd Isa
PENAJAAN
En. Wan Asmawadi B. Wan Mohd